Followers

Friday, 20 January 2012

TUTORIAL BUAT AWNING

Assalamualaikum...

Baru hari ini ada kesempatan untuk buat tutorial..Mula-mula Sada tunjuk cara buat pola awning dulu ya...Dah dapat pola awning tu next time guna pola tu jer tiap kali nak buat tudung...
Macam Sada ada 2 jenis pola yang Sada gunakan..Standard awning dan Full awning..Tapi untuk permulaan ni Sada ajar ukuran standard ya..dah tau caranya kalau nak lebarkan ke atau nak panjangkan awning tu pandai-pandai la tambah beberapa inci mengikut keselesaan empunya diri...


Bahan-bahan:
  1. Kertas manila/kadbot(boleh juga gunakan kertas biasa spt newspaper)
  2. Pensel
  3. pembaris
  4. Kain untuk buat Awning(lycra dsb)
  5. Bakrum/Kain Gam~untuk pengeras

Cara-caranya:
1.Lukis seperti rajah di atas pada kertas manila/kadbod mengikut ukuran yang disediakan.
2. Gariskan seperti C


3. Lengkungkan seperti D.
  
4. Ambil sekeping lagi kertas manila. Kemudian lipat 2

5. Letakkan pattern awning pada kertas yg telah dilipat 2 tadi dan lukis semula pattern awning tersebut. Gunting garisan berwarna biru
 
6. Bila kertas berlipat 2 dibuka, begini lah bentuknya. Inilah pola awning anda sekarang.


*Ectually kalau dah 3 segi pun sebenarnya boleh dah digunakan utk pola. Cuma masa lipat kain tu kena lipat 4 segi tepat(lipat 2 ,kemudian lipat 2 dari kiri k kanan)..entah macam mana nak explain...Cuma Sada lebih selesa buat awning cam gini..so just lipat 2 je kain nanti terus lekap pola kat kain...

Siap untuk pola awning...
Sekarang boleh la buat awning yang sebenar..
*******************************************************

7. Lipat 2 kain Lycra/kain untuk buat awning

8. Lekapkan pola awning anda pada kain kemudian pinkan

9. Gunting kain mengikut pola awning anda

11. Ambil Bakrum/Kain Gam berukuran 2" lebar X 14" panjang(ikut panjang awning anda)

12. Iron Bakrum pada kain awning(bahagian gam mesti menghala pada kain yer,kalau tak nanti melekat kat iron)

13. Boleh juga iron cara gini untuk memastikan bakrum betul-betul melekat pada kain

14. Dah siap iron tu gunting ler bucu2 bakrum tu

Haaa..inilah awning yang siap.Just tandakan titik tengah(bahagian yg saya pinkan), kemudian cantum pada body tudung


**************************************************

Fuh...lama gak edit2 tutorial ni...
Untuk cantum awning ke body tudung boleh tengok Tutorial: DIY Tudung


K, selamat mencuba...:)

Tuesday, 17 January 2012

KELAS LUKIS POLA MAXI/DRESS

Assalamualaikum...

Lama tak entry apa2 di sini coz selalu stay kat page Sada Collection's..
Hari Ahad lepas(15bh Jan 2012) group kami mengadakan kelas Melukis Pola Maxi disamping gethering group online dgn minat menjahit yg sama, cukup menyeronokkan..semua 1 kepala..

Tempat kami belajar n berggathering ditaja oleh Doc. Norida manakala tenaga pengajar Suraya..mmg best sgt2...Selain dpt ilmu, shoping-shoping barang jahitan yg murah2 dan tak kurang bestnya makan-makan ler..Makanan kami buat pot luck..tp menu semua sedap2...

InsyaAllah kelas kami mendapat keberkatan dr semua segi terutama keberkatan ilmu..Event kelas dicadangkan bermula dari jam 9pg hingga 12 tgh hari tapi terlajak juga hingga ke 1.30 petang..Apapun Sada bersyukur sgt coz dpt joint the group n class yg best sgt..Selain byk mendpt ilmu baru, group kami juga x sporting n x lokek ilmu...:)

Ini antara pic2 yg Sada pinjam dr Yatie Manan buat kenangan...




Antara menu kami pd tengah hari tu...
"sapa x siap pola x leh makan..hehe.."

Triffle Yatie yg sgt menyelerakan..
Menu dah ada,tinggal nak buat jer..

Lepas bersurai ada yg merewang kat kedai kak Intan d sek 10 tengok kain..memang lawa2 kain2 kak Intan..dari oversea..kalau kak Intan dah buat baju harga mesti ratus-raban dah katanya...Kain2 plak kain2 cotton,Lycra,n mcm2..mmg tergoda iman klu p butik kak Intan...sediakan ratus-raban juga ler klu nak beli byk kain..

Ini pola Maxi yg Sada hasilkan...tinggal tekap kat kain jer n gunting..tapi mesin jahit tepi Sada plak still kat bengkel lagi..tu yg mls2 lg nak potong kain..Bukan setakat maxi basic jer belajar tapi siap belajar maxi gigi boya dlm bhs standardnya A-Line Princess Dresesses...


 

DOA2 MUSTAJAB INSAYAALLAH

Doa Pelembut Hati:

Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”


  Doa Penggerak:




Doa agar terhindar dari malas:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dari kegelisahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari tidak berdaya dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil serta dari dikelilingi hutang dan penindasan orang lain"
(dibaca 3x setiap pagi dan petang)



Doa Memohon Keuntungan & Rahmat:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan perkara yang menyebabkan turunnya rahmat-Mu, dorongan yang membawa keampunan-Mu, keselamatan dari segala kebaikan, keuntungan akan syurga-Mu dan keselamatan dari api neraka." (HR. Al-Hakim dari Mas'ud)