Followers

Saturday 19 November 2011

Tutorial: DIY Tudung





Masa memula nak belajar jaet tudung penat mencari tutorial kat google/online macam mn nak buat tudung. Tapi time tu ssh tul jumpa tutorial jahit tudung..So, tepaksalah pegi berguru dgn bayaran RM100 sehari..Tapi alhamdulillah belajar sehari dah boleh buat tudung sendiri...Malah sekarang dah balik modal dah pun duit RM100 tu dgn belajar jahit tudung ni.

Sekarang nak belajar online pun boleh..Ada yg just beli pola pun dah mampu buat banyak2 tudung..Yang penting minat dan keinginan utk belajar..

So, hari ni Sada try ler buat tutorial ni..Tapi tak sure la dapat faham ke tak. Tapi kalau tak faham boleh tanya. InsyaAllah Sada akan jawab & explain sebaik mungkin.


Lipat 2 kain kemudian letakkan pola tudung seperti pic. Potong kain mengikut pola.


Kain tudung yang siap dipotong.


Lipat 2 kain. Potong awning mengikut pola awning dan inilah hasilnya. Sorry pic x dapat disediakan. Tapi boleh lihat "Tutorial Membuat Awning"


Potong bakrum/kain gam mengikut size 12'X2'


Buka awning pada sebelah dalam. Letakkan bakrum di tengah2 lipatan. p/s: Masa letak bakrum tu pastikan gamnya menghadap pada kain ye..kalau salah letak ayen pula yang tergam karang.


Mula mengayen dari belah dalam.


Ayen belah luar pula. Pastikan kesemua kain gam/bakrum betul2 ,elekat kat kain


Buka balik awning belah dalam kemudian jahit 2 line spt dlm pic.


Ini contoh 2 line yang dah dijahit di sebelah dalam.


Bila diterbalikkan pada sebelah luar, hanya 1 bahagian shj yang nampak jahitan 2 line tersebut.


Lipat dua awning seperti contoh di atas


Tandakan titik tengah awning


Tandakan titik tengah body tudung(bahagian muka) juga.


Cantumkan titik tengah awning & titik tengah tudung(bhgn muka) spt contoh di atas. Pastikan awning yang mempunyai jahitan 2 line pada sebelah dalam.


Pinkan keliling awning pada body tudung dan pic menunjukkan hasil selepas awning dipin. 


Jahit awning dari tengah ke hujung(tulang pipi). Jahit pada belah dalam.


Jahit tepi kasar pada awning


Sarungkan tudung ke muka kemudian tandakan pada bahagian dagu mengikut size muka anda seperti garisan pada pic d atas.


Jahit sedikit pada bahagian yg telah ditandakan tadi. Kemudian test sekali lagi ke muka anda.


Dah puas hati dengan size muka barulah jahit hujung tudung dari bahagian dagu ke hujung tudung seperti garisan yg ditandakan di atas.


Jahit tepi kasar plak


Terbalikkan tudung pada belah luar untuk mengemaskan awning & bahagian muka


Jahit pada atas awning hingga ke hujung awning/ tulang pipi. Mulakan jahitan dari tengah untuk mengelakkan gelembung. Matikan jahitan di hujung awning.


Kemudian jahit dari hujung awning/tulang pipi ke dagu sambil
melipat hujung kain ke dalam seperti yg ditandakan pada pic. Ulangi langkah ini pada bahagian sebelah pula.


Akhir sekali, kemaskan keliling tudung dengan jahit tepi halus. Untuk mendapatkan curly2 yg menarik,tarik sedikit kain sambil menjahit tepi halus.


Tadaaaa...Tudung pun dah siap!!!


Selamat Mencuba


6 comments:

cik wanie Lovela (CWL) said...

ya....cmna leh jumpa? :P

jual tudung ka leh tempah dak?

sadasuardi said...

Cik wanie Lovela duk area mana?
Sada tinggal kat jln.kebun sek 30 Shah Alam..

Boleh tempah tudung.kalau nak dtg rumah boleh cal 0193478942

kalau bawa contoh tudung lg bagus coz kita tau size muka..so,bila pakai tu ngam2 n terletak...

Unknown said...

Thanks..sgt membantu sy, penerangan yg jelas...tp sy x try buat lg, bru bc je note ni...hihi..ntah dpt tangkap ke idak ms buat nanti.Boleh x share jns2 kain, cth kain chiffon awning pakai jns kain ape...etc..thanks..

Cinta Zakirah said...

Salam Sada, nak tanya kalau tak kisah boleh ke bagitau bakrum tu beli kat mana?

::FaQirah alHawari:: said...

salam..kalau untuk jahit awning tudung bidang 60 mcmna ye.. contoh utk tdung akel.. :) tq

Seri said...

Terima kasih atas perkongsian tutorial ini. nampak mudah. Insyaallah saya akan mencuba.