Followers

Friday 26 October 2012

EXPERIMENT2KU

Orang kata kalau nak pandai kena banyak berfikir dan mengeluarkan idea..tapi idea kenalah dikembangkan dan diexplore baru menjadi. Begitu juga dalam dunia jahitan ni...klu ada pattern terbaru bagi diri kita kenalah mencuba buatnya..Saya lagi suka gelarnya EXPERIMENT...kalau tak menjadi tak mengapa, sekurang-kurangnya kita belajar dan tahu di mana silapnya. So next time kita cuba perbetulkan dan cuba lagi sehingga menjadi/membuahkan hasil. Bagi saya walaupun hasilnya tidak seperti yang diingini tapi proses pembelajaran dan kepuasan itu memadai.

So, untuk EXPERIMENT terbaru ni saya dengan gediknya membuat Cardigan Ruffle la konon...nampak tak curly2 tu? kadang2 sy tersasul gelarnya gedik2 bila buat curly2 kat tudung...
Cardigan Ruffle ke Cardigan Curly ni?klu x jadi Cardigan Ruffle, Curly pun ok kan...
Antara experiment2 lain yg pernah dibuat spt Tudung Bawal Awning, Tudung Ruffle, Blouse Wakaka, Jubah Princess Gigi Boya, Peplum n byk lagi..Pokoknya mana rasa yang tak confident buat kena buat experiment terlebih dahulu...

BLOUSE WAKAKA salah fesen

Yang ni buat Blouse Wakaka sebenarnya tapi jadi macam ni..lastnya pakai sendiri..Tapi  yg lucunya bila pakai ada sahaja kawan2 yang bekenan padahal baju salah fesyen..

Lastnya cozen husben bekenan sangat and minta baju ni..Walaupun dah terpakai dia nak juga and x kisah..So Sada bagi la beserta dgn tudung2nya sekali...pesanan Sada kat dia jangan salahkan Sada kalau U dpt penyakit  'kurap' or 'panau' yer..


JUBAH LYCRA & TUDUNG ROSES

yg ni first time buat Jubah & tudung in 1 set sebenarnya.. Berani ambik risiko lagi tu,Sada gunakan kain yang adik tempah...Nasib baik menjadi and dia puas hati sesangat dengan design n keselesaannya..

Kesimpulannya utk diriku dan pelajar2 baru, jangan berhenti untuk mencuba ber EXPERIMENT walaupun kadang-kala ianya tidak menjadi... Sada pun pernah buat Jubah Kaftan yang tak menjadi..lastnya design balik jubah tu jadi blouse Princess Cutting...

4 the next Experiment akan Sada share lagi k...see the next time..

No comments: