Followers

Monday 22 October 2012

KOLEKSI TUTORIAL DARI PELBAGAI SUMBER

Salah 1 kesukaan Sada ialah mengumpul koleksi2 tutorial untuk tujuan pembelajaran pada masa-masa senggang.. Sejak bergiat aktif dalam bidang jahitan ni memang selalu nak berkarya dan menghasilkan produk..Untuk menghasilkan produk yang belum pernah dibuat mestilah memerlukan tunjuk ajar orang yang lebih pakar seperti berguru. Disebabkan kekangan masa dan nak berjimat cermat, salah satu cara adalah belajar sendiri melalui online..

Saya juga banyak belajar dari kawan2 secara face to face, melalui tutorial dan banyak bertanya kepada kawan2 online. Rentetan itu saya menggemari apa2 informatif atau maklumat yang dapat memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada saya sama ada secara printed mahupun non-printed.

Terdapat banyak tutorial dan video-video d youtube yang berguna untuk dijadikan panduan..Tutorial2 tersebut dah lama Sada kumpulkan..Tapi Sada simpan dlm page MyArkib khusus untuk diri sendiri dan sebab itu saya x mempromosikan page MyArkib saya itu. Tapi bermula hari ini saya menghadiahkan bahan rujukan saya ini kepada kawan2 dan pelawat yg mengunjungi blog ini...

Semoga dengan ilmu yang kita share dan perolehi ini berguna dan mendapat keberkatan daiNya..

Sekian,
Terima Kasih :)

No comments: