Followers

Thursday 3 January 2013

CARDIGAN PEPLUM SADA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA



Sada nak memperkenalkan Cardigan Peplum Sada yg terbaru
Menggunakan kain Lycra Plain Japan dan sedap dipakai

Mengapa Sada menghasilkan dan menjahit sendiri Cardigan ini sedangkan kalau beli kat pasaran lebih murah berbanding produk yang Sada hasilkan?

Mengapa mahal sedangkan ianya dihasilkan secara custome made dan homemade?

Jawapannya coz Sada terpaksa membeli kain by meter mengikut harga pasaran kain dear, bukan seperti pengilang yang beli kain by kontena,or by kayu of course harganya jauh lagi murah dari yang Sada dapat right...Sada ni just peniaga kecil yang tak cukup modal untuk membeli kain berkayu-kayu untuk setiap colours of fabric, inikan lagi nak mimpi untuk beli by contena..OMG, mudah-mudahan masa tu akan tiba jua...Amin...

Kedua coz Sada mendesign produk Sada sendiri, buat pola sendiri,gunting kain sendiri dan menjahit sendiri..So pokok pangkalnya semuanya Sada buat sendiri termasuklah buat fotografi dan promot. Bukan tak nak sub pada orang lain tapi keuntungan tak banyak. Harga yang Sada letak pada setiap produk Sada berbaloi untuk cover harga modal dan upah tenaga Sada untuk menghasilkan sesuatu produk itu...Makin sukar sesuatu design dihasilkan maka, makin mahal lah upahnya. Ini kerana setiap masa itu bernilai kepada Sada memandangkan masa Sada nak di bahagi-bahagikan untuk mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan menjaga suami(of course la..nanti ada ruang utk dia cari org lain dgn alasan x de masa utk dia betul tak?)

Ok habis bab harga. Sebenarnya tidaklah mahal tapi berbaloi la kan...sometimes customer minta kurang lagi even harga dah ngam2..Bergantung pada budi bicara la kan,jika Sada mampu kurangkan lagi Sada akan bagi  k.

Cerita kenapa Sada menghasilkan Cardigan produk dari Sada Collection's? Coz Sada suka pakai Cardigan utk cover segala aset2 yang tak sepatutnya dilihat oleh orang yang tak sepatutnya dan lemak2 yang tak sepatutnya dilihat org luar(coz kalau dilihat dah tentu dicemuh dan dikutuk..tak pasal2 Sada penyebab org dapat dosa kering betul tak?)

Kedua, Sada selalu pergi try Cardigan kat Bazar2,Uptown,Kedai2 pakaian tapi kebanyakannya bahagian lengan dan ketiak 'mencekik'. Kebanyakan pakaian seperti Cardigan pula lebih banyak untuk orang-orang yang bersize kecil seperti XS dan S berbanding size besar...Bertuahlah orang yang bersize kecil kan coz banyak pakaian yang sesuai dan pakai apa sahaja pun nampak cantik.

Ketiga kenapa Peplum design? Coz trend masa kini orang gila Peplum..baju kurung peplum,dress peplum, blouse peplum dsb. Ramai pula kakak2 dan makcik2 yang mengadu risau dan rasa tak sesuai pakai peplum coz badan berisi atau dah berumur. Maka Sada buktikan Cardigan Peplum Sada tidak membataskan untuk golongan tua atau muda dan kurus atau gemuk..Buktinya mak Sada yang berumur 50an pun yakin pakai Peplum dah,paling kurang pun Cardigan Peplum. Selepas jiran2 tengok Mak saya pakai maka makin ramai golongan makcik2 yang mengoder dengan Sada antaranya makcik yang berumur 60an dan dah bercucu..

Bagi mereka yang berbadan gempal dan teringin merasa baju Peplum tapi tak confident Sada syorkan mulakan dengan Cardigan Peplum terlebih dahulu...Untuk mereka yang berbadan kurus Cardigan Peplum ini boleh di adjust dengan hanya meletakkan brooch di bahagian pinggang untuk mengetatkannya.

Maka selesai dulu cerita Cardigan Peplum Sada dari Sada Collection's. Sebelum terlupa Cardigan Peplum Edisi Pertama ini semuanya adalah free size dan labuhnya menutup punggung. Harga berpatutan yang Sada boleh letak adalah RM75 berbanding sebelum ini harganya RM90






Untuk tempahan anda boleh SMS Sada di talian 0193478942 atau inbox ke facebook Sada Collection's

Untuk melihat Cardigan Sada Collection's yang lain sila click Cardigan


No comments: