Followers

Saturday 26 January 2013

PEPPLUM BOBOIBOY

Dah biasa buat baju Pepplum untuk orang dewasa dan kanak2 terutamanya anak dan anak buah...Pantang ada kain perca first thing yg terlintas di fikiran buat baju Peplum kanak2..klu kain x mencukupi baru tukar fashion lain.

Minggu lepas pergi Nagoyah nak cari kain2 cotton untuk kelas jubah yang bakal tiba, ternampakla pula kain cartoon Boboiboy..teringat anak2 yg amat minat cartoon tu, so beli la coz harga pun just RM2.50 jer.. Dalam fikiran nak buat baju tidur utk anak2..yg pink untuk gegel n yg green utk boboy. Nak dijadikan cerita customer datang bawa kain cotton untuk buat Baju Kurung Pepplum kanak2 tiga budak. Nak pula extrakan size coz raya lambat lagi, takut x muat.

Biasanya Sada ni jenis yg suka cuba dahulu sebelum buat utk org lain.
Walaupun dah pernah buat tapi sy still nak ber'experiment' sebelum mengerjakan kain orang. Sebab tu kita x suka ambik kain org, lebih suka sediakan kain sendiri berdasarkan request customer. Nak terima kain org ni rasa gundah-gulana jika tersalah potong mesti kita yg bertanggungjawab dan menggantikan kain yg sama warna, sama corak dan sebagainya. Dibuatnya x jumpa warna yg sama haru juga karang...menangis x berlagu la daku..

So, dua hari lepas berexperimentlah kita dgn kain cotton berdasarkan kelonggaran 1.5". Kelonggaran ni berdasarkan ajaran tok guru jahitan sy yg sgt sy kagumi. Biasanya klu buat utk anak Sada guna 1/2" atau 1" jer kelonggaran dan basi kain 1/2". Dan selalunya Sada suka menggunakan kain Lycra untuk buat Peplum berbanding Cotton disebabkan sifat kain yang berbeza maka kelonggaran pun berlainan. Tapi utk request org ni tak boleh main ikut sedap badan jer, so dgn rasa tanggugjawab sy kenalah memenuhi permintaan customer tu sebaik mungkin. That's why sy rasa patut bereksperiment untuk lihat kelonggaran tu.

Ok, experiment kedua apa jadi jika kain cartoon dijadikan baju Peplum? Nampak janggal tak? Lebih2 lagi cartoon tu cartoon Boboiboy yg sesuai utk kanak2 lelaki/boboi..

Tapi cabaran semasa memotong kain ni kepala Boboiboy tu tertungging terbalik beserta namanya sekali. So, Sada pun ikut tertungging-terbalik la juga masa nak memotong kain ni. Lantak ko la labu... baju ni just suka2 n anak pun tak kisah...kalau tak cantik pakai berjalan2 pakai untuk tidur jela, jadi baju tidur...



 Pandangan dari sudut belakang
Reben main belasah ambik jer reben yg ada kat rumah coz kain oren dah habis..konon reben nak color oren sama dgn lengan baju tp dah x cukup belasah jer apa yg ada


Pandangan dari sudut tepi

Pandangan dari hadapan
Abaikan tudung yg senteng tu yer coz tudung tu dia pakai sejak umur 2 tahun lagi but now dia dah berumur 4 tahun ma..

Kesimpulannya:

1. Experiment kelonggaran 1.5" ~ memang kelonggarannya boleh pakai sampai setahun dua jika anak tak menggemuk lagi InsayaAllah. 

2. Experiment corak cartoon dijadikan Peplum ~di mata Sada nampak biasa jer, tak tau la mata org lain..ke mata kita ni yg juling? so, apa kata anda?

First comment hubby masa memula dia tengok petang tadi dia gelak n cakap mcm ni; "Wah.. anak papa pakai baju baru..comel la Tiha."
Then dia perasan something, "Ieeeiikkk...Boboiboy?" Then dia tergelak-gelak..

**Oh ya, terlupa nak info, ectually size baju ni bukan berdasarkan ukuran Tiha, tapi ukuran anak customer yg juga berumur 4 tahun. Cuma badannya agak gempal berbanding badan Tiha ni, dan ketinggian customer cilik tu lebih rendah berbanding Tiha. Tapi dengan experiment ini Sada dapat menilai dan melihat bahagian mana perlu di tambah dan dikurangkan.
InsayaAllah matlamat experiment berjaya..Amin..

3 comments:

Tengkubutang said...

done follow here.. will follow me back? tq.. =)

http://tengkubutang.blogspot.com/

Unknown said...

Comel peplum boboiboy ni kak:)

Unknown said...

Wah! puplem boboboi pn ada . Hebat.