Followers

Wednesday 17 April 2013

KENANGAN BERSAMA X-PELAJAR




Assalamualaikum...

Dah masuk minggu ke 2 April 2013, minggu yang mula race minyak ni...Minggu depan adalah minggu pecut mesin jahit la jawabnya. Oh ya hujung minggu ni Sada x buat kelas coz bercoti selama 2 hari. Ada Famly Day rakan sekerja husben so staff memasing bawa anak dan bini utk aktiviti tersebut. Secara automatiknya Sada pun tersenarai la..


Nak cerita lagi ni...Minggu lepas Sada dapat SMS dari seseorang jejaka yg ingin belajar menjahit Tudung utk biz katanya. Dan dia memperkenalkan dirinya seorang lelaki so dia tanya bolehkah jika dia hendak belajar. "Why not?" Sada x memilih jantina. Pada Sada yg penting minat. Sada juga x mementingkan profit utk mengadakan kelas2 jahitan ni tapi sekadar untuk membantu mana2 individu yg ingin belajar asas2 jahitan sebelum mengorak langkah jauh. Sada bukannya otai pun dan banyak lagi yg lebih lama dalam bidang jahitan ni. Tapi Sada just nak sampaikan ilmu dan membantu seberapa yg mampu. Walaupun begitu semuanya memerlukan kos kan..termasuklah sewa tempat, elektrik, kain, peralatan, dan tenanga pengajar la kan..kena ambik kira juga la kalau seharian Sada x menjahit utk tempahan customer atau utk produk ready made Sada semata-mata mengajar kan...Tapi walaupun Sada mengajar Sada lebih suka kalau kita berkongsi ilmu..Tak semua kita tau kan, memang selalu Sada bertukar-tukar @ share ilmu dgn pelajar2 atau kawan2 yg dtg belajar bersama.


Ada kakak ni duduk d rumah anak dan menantunya tapi sempat datang belajar walaupun umur dah 50an. Walaupun datang ke rumah anak seperti bercuti tapi boleh pula terfikir nak tambah ilmu jahitan sementara berada di Selangor ni...Honestly Sada kagum dgn mereka, x patah semangat walaupun kadang x nampak coz rabun,ada yg ada anak kecil yg still menyusu badan, bekerja dsbg. Sesetengahnya x de mesin tapi dek kerana minat datang juga belajar. Lepas belajar basic beli pola 1 by 1. Kalau tak ingat datang lagi kat rumah minta tunjuk ajar. InsayaAllah Sada sedaya upaya tolong mana yg termampu.


Harapan Sada agar ilmu yg sekecil zarah pun berguna dan  moga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat ..Amin.. Paling kurang pun, daripada tak tau menjadi tau kan.. 



Kak Murdiah:Kelas Jahitan Asas Tudung



Kak Engku:Kelas Jahitan Asas Tudung


Kak CT:Kelas Jahitan Asas Tudung



Kak Sareah:Kelas Telekung
Adila: Kelas Telekung                                     



                     
                              Rohana: kelas Baju Kurung Moden
Amira: Kelas Baju Kurung



Is: Kelas Separuh Mahir:Jubah Gigi Boya

Is: Kelas Separuh Mahir:Jubah Gigi Boya

Linda: Kelas Jahitan Asas Jubah


Linda: Kelas Jahitan Asas Tudung


Linda: Kelas Jahitan Asas Tudung






Gambar2 di atas adalah gambar2 yg sempat di ambil sebagai kenangan. Takut makin ramai pelajar makin Sada x kenal 1 by 1 coz Sada makin lama makin tua n makin pelupa. Berapa ramai yg pernah ajar pun x ingat. Tahun2 lepas memang x de ambik pic dan tak ingat sapa student pertama, kedua dan ketiga..amfun ya...

Oh ya, terlupa nak bagitau serba sedikit mengenai kelas jahitan yg Sada buat.

Kelas akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad kecuali ada hal yg x dpt d elakkan akan Sada inform pada pelajar yg terbabit.
Bertempat di  rumah No 16 dan 17, Lot 7368, Lorong Hj Kassim, kg. Jalan Kebun Batu 7, Sek 30, 40460 Shah Alam, Selangor
TEL/SMS/WhatsApp: 01126372285



https://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl


         *******************************************************


Ok yg ni terbaru minggu ni (Bulan Mei 2013):


Fatin: Kelas Asas Jubah
Antara student termuda coz baru lepas SPM n tengah tunggu panggilan masuk U..


Masih menuggu pic Hani,rakan Fatin...



Era Bustaman: Kelas Telekung

Dina@Diana: Kelas Baju Kurung


 Zai : Kelas Jahitan Baju Kurung (28/6/2013)




Kak Haz : Kelas Jahitan Jubah 



1 comment:

Cik Nor said...

cikgu jahit menjahit ke?hehe