Followers

Saturday, 4 May 2013

TELEKUNG HIJAB LYCRA

Assalamualaikum...lama Sada menyepi coz tersangat-sangatlah sibuk menjahit dan mengadakan kelas jahitan. Almaklumlah kurang 3 bulan Raya dah nak tiba, so butik2,kedai dan peiaga online sibuk tempah pukal telekung Lycra. Walaupun begitu sempat juga Sada menyiapkan Telekung Hijab yg menjadi trend masa kini.

Sebelum lupa,semua hadiah utk Giveaway lepas dah dipos yer..Semua dah d pos pada hari Jumaat minggu lepas. Dek kerana kesibukan Sada,x sempat nak inform 1 by 1 setiap pemenang ye. 

Ok tanpa membuang masa jom kita lihat Telekung Hijab keluaran Sada Collections. Selepas Telekung Hijab Plain dan Embos, kali ni Sada keluarkan Telekung Hijab 2 Layer dan 3 Layer yg di beri nama
Telekung Hijab Dania dan Telekung Hijab Umairah. Telekung ni bukan sahaja untuk diri sendiri tapi ramai yang memilih untuk dijadikan hadiah kepada ibu, sanak-saudara,rakan-rakan dan hadiah perkahwinan. Best kan.. Nasib baik trend Telekung ni nak muncul 8 tahun lepas, kalau tak conform request kat husben jadikan salah 1 barang hantaran. 


So jom cuci mata...

TELEKUNG HIJAB DANIA:
DANIA BIRU NILA
RESERVE

DANIA GOLD CREAM
SOLD

DANIA CREAM

DANIA PINK
DANIA BLACK PINK
RESERVE
DANIA BLACK PURPLE

TELEKUNG HIJAB UMAIRAH
UMAIRAH PURPLE BLACK

UMAIRAH PIECE BROWN
Cantik kan telekung2 tu...
Telekung Hijab ni bukan sahaja untuk dipakai solat malah boleh digayakan menjadi tudung labuh mengikut kreativiti dan gaya masing2. Pakai kat rumah pun apa salahnya kan.. Biar cantik di mata Allah betul tak?

Sada suka Telekung Lycra ni coz sejuk berbanding cotton. Kalau sebelum ni peluh mencurah-curah terutamanya d bahagian leher apabila solat walaupun pakai kipas. Tapi sejak bertukar kepada Telekung Lycra masalah tu tidak berlaku lagi malah selesa.

Satu lagi keistimewaan Telekung Lycra ni ianya berat maka tidak mudah diterbangkan angin semasa solat terutamanya bila sujud. Jadi tiadalah kes 'tertelangkup' dgn telekung..itu gelaran yg Sada bagi la bila telekung tu menutup diri sendiri semasa tengah sujud. Dapat bayangkan tak?kalau tak dapat bayang juga nak jer Sada tunjuk gambar..Tak payah le yer..rasanya semua dah dpt gambarannya kan..sebab masa remaja dulu Sada banyak kali mengalaminya terutama solat trawih hihi..Orang lain takkan gelakkan kita coz faham,tapi diri sendiri yg rasa termalu..entah kenapa? Satu hal lg nak betulkan  balik Telekung tu time tengah solat.

Kalau kita travel dengan memakai Telekung Hijab ni kan lebih senang. Bila masuk waktu solat boleh terus solat tanpa khuatir diri tak mnutup aurat. Malah lebih cepat bersiap selepas solat, belit-belit dan pin siap, Lihat sahaja wanita2 Arab,pakaian yg labuh dan menutup aurat memudahkan mereka bersolat walau di mana berada. Bab pakaian untuk solat sebenarnya tidak mewajibkan pun kena pakai telekung berwarna putih, yang penting menutup aurat. Hanya pergelangan tangan dan muka sahaja yang bukan aurat betul tak? Pakai tudung tiga segi pun boleh solat kan..yg penting menutup aurat. Cuma masyarakat kita masih tabu dgn pemakaian telekung yg berwarna putih. Lagi 1 orang suka telekung yg labuh hingga menutup jari-jemarinya. Tapi yang sebenarnya jari-jemari tu bukan aurat kan..So terpulang lah pada pendirian masing-masing.

Oh ya bila menyentuh bab Telekung berwarna warni ni memang penuh kontroversi. Ramai yg tak boleh menerimanya dan masih tabu dgn Telekung berwarna putih. Sada pernah dengar org dulu2 buat teka-teki " Kenapa Telekung solat semuanya putih? dan jawapannya  sebab orang tak nak buat telekung berwarna-warni.." Senang jer kan jawapannya haha..
Cuma dikhuatiri Telekung berwarna boleh mengganggu kekhusukan jemaah lain terutamanya warna2 yg striking atau terang. Maka Sada pilih warna2 lembut seperti 'Earth color'. Yang sebenarnya bukan setakat telekung yg striking shj yg dikhuatiri mengganggu kekhusukan jemaah di belakang kita tapi lace yg melampau2 pun atau telekung yg berkelip-kerlipan pun.. Tapi pada Sada la kan..ni diri Sada, Sada lebih terganggu dengan bau-bauan semerbak dan bunyi bising seperti kanak-kanak sedang menangis atau bunyi motor mat rempit berbanding dengan telekung yg berwarna-warni ni. Sebabnya bila kita tengah solat, kita hanya memandang sejadah. Walaupun memandang sejadah tapi bila tercium bau-bauan yang wangi la sesangat atau bunyi bising tak nampak benda tu pun Sada boleh terganggu coz kita tercium dan terdengar. 

Seperti ceramah ustaz kat masjid Jalan Kebun ni, rumah tak la jauh sgt dari masjid so, tengah sidai kain d awal pagi tu Sada terdengar ceramah ustaz tu katanya 'kalau melihat sejadah pun kita boleh hilang tumpuan dan tak boleh khusyuk semasa solat maka pejamkanlah mata kamu' Haaa itu yg ustaz tu yg cakap yer,bukan Sada tau. Jika masih takut juga sampai sebegitu sekali, pakailah kat rumah jer..Yang penting kita selesa dan 'cantik di mata Allah' itu lebih penting. 

Kenapa Sada tak buat Telekung Lycra berwarna putih? hmmm..sebabnya Lycra putih lebih jarang dan nipis berbanding warna2 lain. Maka Sada tidak berani nak membuatnya coz mesti customer complaint. Ada juga warna putih yang Sada buat tapi menggunakan Lycra Embose. pun begitu ianya masih jarang dan nipis maka Sada sediakan inner dan explain dgn customer awal2. Tapi sekarang Telekung Lycra Embose putih semua dah habis yer...kainnya pun out of stock.

Ok la Sada dah panjang lebar esei Sada mengenai Telekung Lycra ni..mesti u all pun semput membacanya. K la jom buat kerja.
Harap maaf jika ada yang terguris dan tidak sependapat dengan Sada. 
Sesungguhnya yang baik-baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.
Sekian..

7 comments:

ain diyana said...

cantiknya..

berapa harganya?

Mama Nur said...

Salam...suka umairah..brape sehelai??
Reply plz
nurfirst28@yahoo.com

Anonymous said...

Cantikk!!pm hrga to myiza888@gmail.com..tk

Sada Suardi said...

Segala pertanyaan harga boleh PM/Whatsap/SMS ke 011263722855

Sada Suardi said...

Umarah rm150 shja nurfirst28@yahoo.com

Sada Suardi said...

Sila pm/whatsapp/sms ke 01126372285.

Sada Suardi said...

Telekung Amna 1 layer RM85,Dania 2 layer RM125 dan Umairah 1 set Rm150.Kos penghantaran ke Sabah RM15 dan semenanjung RM8.