Followers

Thursday 23 May 2013

Kelas Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena cuti sekolah (25 Mei - 09 Jun 2013) ni kelas Sada open pada setiap hari kecuali pada  27-29 Mei(Isnin- Rabu).
Untuk hari Sabtu dan Ahad ni (25 dan 26 Mei) kelas ditunda coz Sada ada urusan luar yang wajib diceburi..

Maka kelas boleh ditempah bermula dari 30 Mei hingga 09 Jun sempena cuti sekolah yer. Untuk hari-hari biasa kelas hanya akan di buat pada setiap hujung minggu.

Untuk sedikit penjelasan Sada terangkan seperti di bawah:

~Untuk kelas akan di adakan di bengkel jahitan Sada d rumah 
No 16, Lot 7368, Lorong Hj Kassim, Sek 30, Kg. Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
Sedikit petunjuk lokasi Kg. Jln Kebun, berdekatan dengan Johan Setia. dan Lorong Hj Kassim kena cari Klinik Desa Bt 7 jln Kebun.

~ Kelas persendirian dan jangka masa pendek. Maknanya 1 to 1 atau seorang pelajar untuk seorang cikgu. Walau bagaimanapun, Sada open maksimum pelajar hanya 2 orang untuk satu hari. Kalau ada seorang pelajar pun kelas tetap berjalan.Lagi untung la kan kalau belajar sorang-sorang,maknanya boleh conker cikgu hehe.. Ini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 

~Tarikh kelas ditentukan oleh pelajar itu sendiri dan perlu booking tarikh dengan membayar deposit sebanyak RM50 ke akaun seperti berikut

1. CIMB:12051311161050(Sada Sports)


2. Maybank Acc : 162106479933 (Isadariah SuardiI)

No rujukan pembayaran diperlukan.Boleh 

SMS/WhatsApp/inbox Sada Suardi

~ Kelas biasanya bermula dari jam 10pagi-5ptg bergantung pada kemampuan pelajar untuk menyiapkan jahitan. Kalau siap awal boleh balik awal. Tapi kalau lewat sangat jangan risau Sada akan tolong untuk siapkan supaya x balik lewat sangat.

~ Kelas yang memerlukan banyak pembelajaran seperti Baju Kurung, Baju Kurung Moden akan diadakan selama 2 hari. Manakala kelas seperti Tudung, Jubah, Blouse hanya sehari sahaja.

~  Antara pembelajaran yang akan di ajar adalah seperti berikut:
* Baju Kurung/Kurung Moden/Jubah/Blouse: Cara mengambil ukuran badan,melukis pola,memotong kain dan menjahit.
* Tudung/Shawl/Telekung: Sedikit penerangan mengenai tip membuat tudung/shawlTelekung, cara melukis pola, meletak pola pada kain, memotong dan menjahit.

~ Ramai yang tak de basic dalam jahitan bertanya boleh ke datang belajar..Why not? Sada dulu pun x de basic juga tau, so jangan risau dan takut terkial2 masa pengang mesin jahit. Sada akan ajar basic untuk mereka yang memerlukan. 

~ Yuran akan Sada bagitau selepas pemilihan kelas (coz setiap kelas berbeza-beza yurannya) sama ada melalui SMS/WhatsApp atau inbox. Jangan lupa perkenalkan nama anda yer untuk mereka yang first time SMS Sada.

~ Oh ya sebelum terlupa, kain disediakan oleh pelajar kecuali kelas Tudung sebab untuk yang basic ramai yang tidak tahu material jenis apa yang patut digunakan dan di mana nak dapatkan kain tersebut.

Untuk kelas2 yang boleh dijadikan pilihan boleh rujuk d sini: Kelas Jahitan

Rasanya itu sedikit maklumat mengenai kelas yang Sada akan adakan bersama anda yang akan mengikuti kelas ini. Semoga ilmu yang kita pelajari diberkati Allah dan memanfaatkan kita ke arah kebaikan. Amin..

______________________________

Ini peta ke bengkel Sada. Pada yang ada aplikasi WhatsApp Sada boleh send kan petanya.



https://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl

No comments: