Followers

Thursday 19 September 2013

Kelas September (11-22 Sept 2013)


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersambung untuk kelas September 2013. Inilah gambar kenangan pelajar-pelajar yang berjaya menyiapkan jahitan masing-masing.
Kepada yang berminat untuk mengikuti kursus sila hubungi Sada melalui Facebook,Mesej/whatsapp 01126372285.

Zaizie dan Shada(memula ingatkan salah dengar coz nama hampir sama) berjaya menghasilkan jubah mereka walaupun lewat. Kesungguhan mereka berdua untuk menyiapkan jubah masing-masing sehingga tidak mengenal waktu dan penat, yang penting puas belajar dan siap. Moga Zaizy dan Syada berjaya mencapai cita-cita dan impian masing-masing, amin..
Kelas Jubah (11/9/13@Rabu)
Syada & Zaizie 
Azilah dah lama berminat untuk menjahit dan belum pun kami bersua muka dah sering SMS untuk bertanya itu ini termasuklah mengenai mesin jahit. Sempat lagi kami pergi melihat mesin jahit di kedai Marjaniah di Johan Setia. Semoga Azilah berjaya menjadi biz women dalam dunia jahitan, amin...
Kelas Blouse(13/9/13@Jumaat)
Azilah 

Izzah berminat untuk belajar Jahitan Asas Tudung dan Telekung Lycra. Alhamdulillah belajar Tudung dan Telekung tidaklah serumit menjahit baju namun kekemasan jahitan amat dititik beratkan. Izzah rasa seperti tak percaya dapat menghasilkan tudung sendiri katanya. Izzah antara pelajar yang paling cepat siap dan sempat belajar dan menyiapkan Shawl Halfmoon 2 Layer lagi. Lepas ni boleh la siapkan tudung dan telekung untuk dijual ya Izzah..
Kelas Tudung (Twist Syiria)
(14/9/13@Sabtu)
Izzah 

Kelas Tudung (Ariani )
(14/9/13@Sabtu)
Izzah 

Kelas Shawl (Halfmoon 2 Layer)
(14/9/13@Sabtu)
Izzah 

Kelas Telekung (Lycra )
(15/9/13@Ahad)
Izzah 

Zana & Jannah
Kelas Baju Kurung
(16/9/13@Ahad)

Kelas minggu ke 3 bulan September pula telah ditempah khas oleh 3 orang pelajar  yang ingin mempelajari Jahitan Asas Baju Kurung. Berkat kesabaran dan kegigihan pelajar-pelajar ini dapat juga mereka menyiapkan sepasang Baju Kurung yang boleh dikatakan  95% dihasilkan sendiri oleh mereka. Saya hanya guide dan tunjuk dari A-Z sehingga siap sepasang baju. Hari pertama menjahit Baju Kurung memang agak mengambil masa dan tersasar dari masa yang telah dijangkakan. Namun hari ke 2 untuk membuat Kain Baju Kurung, masing-masing sudah mampu mengawal kelajuan mesin jahit portable dan High speed. Hanya bab jahit zip agak sukar kata mereka hihi...Tapi itu sebab kali pertama menjahit zip. Tunggu dah berkali-kali agaknya dah lawan cikgu dorang ni hihi... 
Haliziah
KELAS BAJU KURUNG
21 dan 22 Sept

Zana
KELAS BAJU KURUNG
(16 & 22 Sept)
Jannah
KELAS BAJU KURUNG
(16 & 22 Sept)

Paling tak sangka masa kelas Kain Baju Kurung boleh pula jumpa kawan lama masa sekolah dedulu ya Zana n Haliziah. Dah lama tak jumpa boleh pula jumpa time kelas akak kan...itulah namanya jodoh pertemuan di tangan Tuhan..:)

Di bawah adalah Jadual Kelas September yang telah penuh dan hari bercuti Sada. Mana yang dah bertanda biru tu maknanya tarikh yang dah penuh. Yang kosong dalam minggu ni hanyalah hari biasa yer. Kalau nak kelas hujung minggu bolehla start booking tarikh Oktober dari sekarang.


Kepada bekas pelajar harapan saya hanya jangan ada yang give up. Jika tidak tahu jangan segan silu untuk bertanya atau boleh berkunjung ke bengkel Sada yer..Semoga anda semua berjaya...

No comments: