Followers

Saturday 7 September 2013

KELAS MENJAHIT SEPTEMBER 2013

Assalamualaikum w.w..

Sedar tak sedar dah masuk bulan September kan.. Sada pun busy juga baru lepas selesai Gathering GMJ pada hujung bulan Ogos minggu lepas dan menghadiri Open House kawan2. 

Masuk awal September jer dah ada permintaan kelas jahitan asas. 7 September 2013 (Sabtu) telah selamat mengadakan kelas jahitan Jubah dengan jayanya bersama dua orang pelajar iaitu Kak Ida dan Wani. 
Kelas bermula dari jam 10.00am - 6.00pm bertempat di rumah No 16, Lot 7368, Lorong Hj. Kassim(lorong Klinik Desa), Batu 7, Kg. Jalan Kebun, Sek 30 Shah Alam.

Wani sendiri mengatakan belum pernah menjahit dan berminat ingin belajar menjahit untuk menjana pendapatan pada masa hadapan insayAllah. Manakala Kak Ida sebenarnya mengambil upah untuk buat kek dan biskut dari rumah dan ingin meluaskan kemahirannya dalam dunia jahitan pula.

Apa yang menyeronokkan bila melihat Jubah masing-masing telah siap. Mereka sendiri tidak menduga mampu menghasilkan Jubah sendiri walaupun tanpa sebarang asas jahitan. Sada sendiri sangat seronok bila melihat pelajar-pelajar berjaya menghasilkan pakaian mereka sendiri lebih-lebih lagi jika ianya cantik, terasa jealous la pula hehe...

Walaupun Kak Ida ada hal dan perlu menghantar kek2 harijadi yang telah ditempah oleh jirannya namun dia gigih menyiapkan Jubahnya sehingga jam 6.10pm then sempat lagi posing kenangan buat Sada. Wani juga x kurang hebatnya, demi minat dan kesungguhan untuk belajar dah siap tempah tarikh dari bulan Ogos lagi tuh... Walaupun tarikh dah penuh terpaksa tempah pada 14 September, namun disebabkan ada pelajar yang tarik diri rezeki Wani masuk belajar pada 7 September lebih awal dari tarikh yang telah di tempah. Tanpa asas jahitan dan belum pun memiliki sebarang mesin jahit tapi itu tidak menjadi batu penghalang untuk Wani datang belajar terlebih dahulu.


Kak Ida berpuas hati dengan Jubah yang 90% dihasilkannya sendiri.
Kain yang dibawa pun cantik buat Sada plak yang jeles.

Wani turut seronok dan tidak percaya dapat menghasilkan Jubahnya sendiri.
Firs time menghasilkan Jubah berkaf seperti ini sangat mengujakan

Wani dan Kak Ida berpuas hati dengan Jubah yang dihasilkan masing-masing

Semoga ilmu yang kita pelajari mendapat barokah dari Allah. Sebarang masalah dan jika ada soalan jangan lah segan silu untuk menghubungi Sada yer. WhatsApp, call, sms dan inbox sahaja Sada. InsayaAllah akan di reply walaupun lambat yer...


Mereka berdua ni amat sporting sehinggakan minta Sada masuk sekali ambik gambar kenangan bersama-sama.
Lihat lah cikgu tu..benang2 still ada melekat kat seluar..itu bukti tau...

Bagi memudahkan pelajar-pelajar yang ingin menempah tarikh untuk belajar Sada dah sediakan tarikh-tarikh yang telah penuh untuk bulan September 2013. Jadi tarikh-tarikh lain masih ada kekosongan ya. Jangan pilih tarikh yang penuh sahaja. 

 PETUNJUK:
KELAS PENUH


Kelas Jahitan ini dipilih dan ditentukan oleh pelajar 100% bukan Sada yang open kelas untuk setiap tarikh tau. Pelajar pilih subject apa nak belajar then tempah tarikh yang kosong dengan deposit RM50. Tarikh tersebut tidak conform selagi pembayaran deposit belum di buat. 
Kelas selalunya diadakan pada setiap hujung minggu. Walau bagaimanapun, kelas untuk hari biasa boleh di request oleh pelajar jika tidak boleh menghadirkan diri pada hujung minggu. Kelas untuk hari biasa yang telah di request akan Sada comformkan kemudian melalui SMS.

No comments: