Followers

Sunday 25 August 2013

GIVEAWAY POLA PEPLUM

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...

Dah lama Sada x ke udara kan..ehem..ehem...macam DJ plak..padahalnya x de bakat pun nak jadi DJ..cakap pun tersenggut-senggut..

Hmmm....Sada selalu terfikir bagaimanalah agaknya bekas2 pelajar yang dah belajar dengan Sada ni..Adakah mereka2 ini meneruskan menjahit dan mempraktikkan ilmu jahitan yang mereka pelajari?
Sekurang-kurangnya buat baju/tudung/telekung untuk diri sendiri.

Bagi menggalakkan bekas-bekas pelajar Sada untuk menghasilkan karya mereka yang pertama maka Sada ingin mengadakan GIVEAWAY POLA PEPLUM untuk mereka2 yang pernah belajar dengan Sada.
Ada yang nak tak?
Jika nak sila refer syarat2 seperti di bawah yer..



Syarat-syaratnya:


  1. Mestilah pernah mengambil kursus menjahit dengan Sada
  2. Hasilkan jahitan anda sendiri selepas belajar dengan Sada(tak perlu perfect sebab Sada faham kita belajar)
  3. Ambil gambar hasil pakaian yang telah anda hasilkan dan hantarkan gambar anda kepada Sada sama ada melalui WhatsApp/Inbox facebook/tag Sada dari blog anda atau facebook anda.
  4. Gambar2 anda akan Sada masukkan ke dalam blog ini dan anda layak menerima Pola Peplu dari Sada samada berdasarkan ukuran standard atau ukuran badan anda.

Senang kan syarat2nya..So apa tunggu lagi...cepat menjahit..

Tarikh tutup? x de tarikh tutup yer..open sepanjang masa sehingga Sada berubah fikiran plak..
oh ya Pola Peplum dewasa yer bukan kanak2...

So anda yg pernah belajar dengan Sada tak perlu ambik kursus lanjutan untuk Peplum dah..masuk jer program ni dan dapatkan Pola Peplum anda dari Sada. Pola tinggal tekap kat kain, gunting dan jahit jer...

Bagi mereka yang baru hendak belajar anda pun layak mengikuti program ini selepas anda belajar dengan Sada. So booking kelas kursus jahitan yang anda inginkan terlebih dahulu yer..


Contoh peplum yg dah siap ^_^
Peplum Labuh
Peplum Kurung anak dan ibu(utk giveaway pola peplum ni just utk si ibu/dewasa jer ya)

No comments: